UMW Toyota sahkan SUV EV Toyota bZ4X bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun hadapan
[ad_1]
Selain dari tiga buah mannequin prestasi Gazoo Racing (GR), dalam majlis bersama media malam tadi UMW Toyota Motor (UMWT) turut mengesahkan bahawa ia akan melancarkan SUV elektrik penuh (EV) Toyota bZ4X ke pasaran tempatan pada tahun hadapan.
Mannequin berkenaan sudahpun berada di pasaran ASEAN, mula dijual di Thailand dan Indonesia pada bulan lalu. Tiada sebarang bayangan berapa harga EV tersebut apabila ia dilancarkan di sini, namun SUV EV itu dijual pada harga 1.836 juta baht (RM235,242) di Thailand dan 1.19 bilion rupiah (RM352,040) di Indonesia.
Kerajaan Malaysia kini menawarkan insentif pengecualian duti import dan eksais untuk model-model EV yang diimport sepenuhnya (CBU) sehingga 31 Disember 2024, dan bZ4X sudah tentu tidak terkecuali untuk mendapat manfaat dari insentif tersebut.
Di United Kingdom (UK), bZ4X dijual pada harga bermula £41,950 (RM238,000) untuk varian asas, dan £45,750 (RM259,000) untuk varian satu tangga di atas – ini mungkin spesifikasi dan julat harga yang paling hampir bagi anggaran pasaran Malaysia kelak.
Thailand dan Indonesia masing-masing menerima bZ4X dalam spesifikasi yang berbeza. Untuk pasaran Thai, SUV ini ditawarkan dalam versi dua motor pacuan semua roda (109 PS untuk setiap gandar) menghasilkan kuasa keseluruhan 218 PS/337 Nm. Manakala bagi pasaran Indonesia pula, bZ4X ditawarkan dalam versi pacuan roda hadapan dengan motor tunggal berkuasa 204 PS dan tork maksima 266 Nm.
Walau bagaimanapun, kedua-dua versi tersebut menerima bateri lithium ion 71.4 kWj yang sama. Namun mannequin yang lebih berkuasa di Thailand hanya mampu bergerak sejauh 411 km (kitaran WLTP) dengan sekali cas penuh, manakala versi pacuan roda hadapan di Indonesia pula boleh bergerak sejauh 500 km (WLTP) dengan satu cas penuh.
Sistem pengecas untuk kedua-dua versi Thai dan Indonesia ini juga sama dengan menyokong pengecas AC sehingga 6.6 kW menerusi penyambung Kind 2 serta pengecas pantas DC dengan penyambung CCS2 sehingga 150 kW.
GALERI: Toyota bZ4X pasaran Thailand
[ad_2]
Source link