Banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur dan Perak
[ad_1]
Hujan lebat yang berterusan di sekitar Kuala Lumpur telah menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air, termasuk Jalan Parlimen, Jalan Maharajalela, Jalan Travers serta juga Taman Connaught di Cheras.
Perkara sama turut berlaku di utara, atau lebih tepat lagi Kampong Sumpitan, Perak, yang kelihatan lebih teruk, seperti yang boleh disaksikan melalui video dari Twitter yang kami letakkan di bawah.
Sekiranya anda mempunyai perancangan bergerak dengan kenderaan pada waktu-waktu hujan ini, pastikan dahulu laluan yang hendak dilalui itu tidak terkesan. Sekiranya ada laluan yang airnya sudah naik, ada eloknya anda menunda dulu perjalanan dan alihkan kenderaan ke kawasan yang lebih selamat, jika boleh. Ingat, jangan cuba meredah kawasan banjir kerana itu boleh mendatangkan kerosakan kepada kereta.
Banjir di Kampong Sumpitan, Perak.
Kredit: Nasyrah Amalina pic.twitter.com/m8WcaxvHT3
— ????????Bencana2022???????? (@bencanamalaysia) November 30, 2022
Tidak lupa, dalam keadaan dan musim hujan seperti ini, pastikan kenderaan anda dilindungi oleh insurans untuk bencana alam (particular perils). Ia tidak melibatkan perbezaan yang banyak daripada perlindungan yang biasa anda ambil. Ia akan sangat membantu menjimatkan kewangan anda sekiranya kereta anda terkesan akibat banjir.
Dalam keadaan cuaca seperti sekarang, jika anda tidak ada perkara penting untuk dilakukan, adalah lebih elok untuk bekerja dari rumah. Pastikan juga kereta anda diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat.
Air naik di jalan Parlimen.
Kredit: DBKL pic.twitter.com/zUcf8Czjly
— ????????Bencana2022???????? (@bencanamalaysia) November 30, 2022
Keadaan air naik di tepi Jalan Maharajalela, KL
Sumber: Polis KL pic.twitter.com/YM3Fnblxex
— ????????Bencana2022???????? (@bencanamalaysia) November 30, 2022
Lokasi-lokasi Air bertakung di beberapa kawasan sekitar Pusat Bandar.Berhati-hati memandu, jalan licin. #kltu pic.twitter.com/9qZEB48BJ0
— KLCCC DBKL (@KLCCC_DBKL) November 30, 2022
Banjir kilat di Jalan Travers, KL
Kredit: Polis KL pic.twitter.com/SCmI813mZ1
— ????????Bencana2022???????? (@bencanamalaysia) November 30, 2022
Banjir kilat di lebuh raya Taman Connaught,Cheras.
Sumber: Polis KL pic.twitter.com/1YdP3UeAU3
— ????????Bencana2022???????? (@bencanamalaysia) November 30, 2022
Banjir kilat di Kuala Lumpur.
Kredit: DBKL pic.twitter.com/4RJgJKKz5i
— ????????Bencana2022???????? (@bencanamalaysia) November 30, 2022
[ad_2]
Source link