Memotong di garisan berkembar dan mengakibatkan nahas maut? Penjara hingga 10 tahun, denda RM50k
[ad_1]
Memotong di garisan berkembar sememangnya tindakan yang berbahaya dan sekiranya ia menjadi penyebab kemalangan maut, maka si pelaku pasti berhadapan dengan hukuman yang berat. Menurut Polis DiRaja Malaysia (PDRM), memotong di garisan berkembar antara kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh membahayakan pengguna jalan raya lain dan menyebabkan kemalangan yang teruk.
“Sekiranya kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kematian, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya.
“Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara boleh dikenakan mininum lima tahun dan maksimum 10 tahun. Malah juga akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama tempoh lima tahun,” kata PDRM menerusi perkongsian di Fb rasminya.
Sebelum ini, kami juga pernah melaporkan beberapa kes memotong di garisan berkembar ini, termasuk yang hampir menjadi penyebab kemalangan. Para pembaca sekalian, semua orang pastinya mahu selamat sampai ke destinasi. Jadi, bersikaplah lebih berhemah di dalam pemanduan dan elakkan sikap tidak sabar atau tergopoh-gapah ketika memandu. Tidak berbaloi untuk menunjuk lagak atau aksi berbahaya di jalan raya sekiranya ia mungkin mendatangkan risiko terhadap keselamatan anda, penumpang dan juga orang lain.
[ad_2]
Source link