Geely masuki Eropah dengan jenama EV Geometry

6

[ad_1]

Geometry C

Geely Auto telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan firma dari Hungary, Grand Automotive Central Europe, untuk pengedaran dan jualan bagi produk dari jenama Geometry, bermula dengan Geometry C yang bakal dijual di Hungary, Czech Republic dan Slovakia pada separuh pertama tahun hadapan.

Sebelum menandatangani perjanjian dengan Geely Auto, Grand Automotive Central Europe merupakan pengimport dan pengedar bagi jenama Nissan di Hungary, Czech Republic dan Slovakia, menurut laman webnya.

“Ini merupakan kali pertama jenama Geely memasuki pasaran Kesatuan Eropah, dan mewakili satu langkah penting ke hadapan untuk cita-cita globalisasi Geely,” kata timbalan pengurus besar eksekutif Geely Xue Tao menurut laporan Automotive Information China.

Jenama Geometry muncul sebagai cabang EV bagi kenderaan elektrik arus perdana Geely, manakala mannequin pembakaran dalaman konvensional, hibrid dan plug-in hybrid kekal di bawah jenama Geely Auto.

Geometry C mempunyai dua pilihan kerangka sama ada hatchback atau crossover, berukuran 4,432 mm panjang, 1,833 mm lebar dan 1,560 mm tinggi dengan jarak roda 2,700 mm. Motor elektrik tunggalnya mampu memberikan kuasa hingga 200 PS dan tork 310 Nm dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan, dan ia menawarkan dua spesifikasi bateri; pek bateri 51.9 kWh dengan jarak EV sehingga 400 km, dan pek bateri 61.9 kWh yang mampu memacu Geometry C hingga 550 km.

Ia merupakan keluaran selepas Geometry A, yang merupakan mannequin pertama di bawah jenama kenderaan elektrik syarikat berkenaan dan sebelum ini dikenali sebagai Geely GE11.

Mannequin terbaharu yang muncul daripada jenama Geometry ialah Geometry E, sebuah crossover EV kecil yang berasaskan EX3 Kungfu Cow dan menghasilkan 82 PS daripada motor elektrik tunggalnya. Sebagai perbandingan, EX3 diberikan unit 95 PS/180 Nm yang lebih berkuasa, dan bateri lithium-ion 37 kWh membolehkannya dipacu dengan jarak sehingga 322 km.

GALERI: Geometry C di China



[ad_2]
Source link