Volvo XC40 Recharge Pure Electrical 2023 facelift kini di M’sia — jarak 438 km, gaya dan kelengkapan baru
[ad_1]
Volvo Automotive Malaysia (VCM) kini telah mula mengambil tempahan bagi mannequin XC40 Recharge Pure Electrical mannequin tahun 2023 yang dijual pada harga RM287,888 atas jalan tidak termasuk insurans dan ditawarkan dengan tingkat kemasan Final. Ini akan menyertai mannequin mild-hybrid B5 Final dan plug-in hybrid Recharge T8 Final — dua-dua dijual RM268,888 — dalam barisan mannequin XC40 di Malaysia.
XC40 EV terbaru ini menerima perubahan kecil dari segi rupa, dengan penampilan seperti lampu LED yang lebih tirus, bampar depan yang lebih sporty dengan perumah lampu kabus tiga segi serta gril rata untuk EV. Selain perubahan kosmetik, XC40 EV kekal sama seperti sebelumnya, walaupun kelengkapan ada melibatkan pembaharuan.
Antaranya, rim 19-inci lima-jejari yang digunakan telah diberi sentuhan baru, dan ruang dalaman warna Charcoal kini menerima balutan materials Charcoal Join Suede dan bukannya gandingan kulit/Nubuck seperti sebelum ini — untuk digandingan bersama tombol gear tanpa balutan kulit yang ada. Turut ada hiasan Topography disertakan, penapis udara PM2.5 dengan fungsi pra-pembersih jarak jauh dan modul pengesan pergerakan kaki yang dikemaskini bagi ciri pintu belakang pintarnya.
Bagi warna yang tersedia, XC40 EV ini menerima warna baru Fjord Blue yang turut ditawarkan untuk varian bukan EV, dan disertai juga oleh Black Stone, Thunder Gray, Crystal White dan warna eksklusif Sage Inexperienced (Silver Daybreak warna eksklusif untuk varian bukan EV). Versi ini juga telah beralih kepada Dynamic Chassis pasif daripada Touring Chassis sebelumnya.
Selain itu, semua kelengkapan adalah sama. Ia masih menggunakan sistem infotainmen Andorid Automotive OS dengan skrin sentuh sembilan-inci dengan Google Companies, kluster instrumen digital 12-inci, sistem audio Harman Kardon 600-watt dengan 13-pembesar suara, pengecas tanpa wayar Qi, kawalan pendingin dwi-zon dengan corong belakang dan kerusi depan larasan kuasa elektrik.
Begitu juga dengan ciri keselamatan dan bantuan pemandu, yang terdiri daripada Metropolis Security (penghindaran perlanggaran dengan sokongan persimpangan; pengesan pejalan kaki, pengayuh basikal dan haiwan besar), amaran perlanggaran depan dan belakang, Driver Alert Management, bantuan mengekalkan lorong, Run-Off Highway Mitigation dengan Highway Edge Detection, Oncoming Lane Mitigation, Blind Spot Info System (BLIS) dengan Steer Help dan Cross Site visitors Alert (CTA) dengan Autobrake.
Sistem janaan kuasa menampilkan dua motor elektrik — satu di setiap gandar — dengan output keseluruhan sistem 408 PS (402 hp atau 300 kW) dan 660 Nm tork. Ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat dan laju maksimum 180 km/j. Motor elektrik mendapat tenaga daripada bateri lithium-ion 78 kW, dan mampu pergi sejauh 438 km dalam satu cas penuh dengan kitaran WLTP, naik dari 418 km sebelum ini.
Untuk pengecasan, XC40 EV menyokong pengecasan AC pada kadar 11 kW dengan sambungan Sort 2, yang mengambil masa 7.5 jam untuk cas penuh. Selain itu, pengecasan pantas DC hingga 150 kW dengan sambungan CCS2 juga boleh, dengan kadar 0-80% boleh dicapai dalam masa 33 minit.
XC40 EV ini telah menerima sambutan hangat sejak pertama kali dilancarkan di sini pada Mac lalu, dengan VCM memaklumkan peruntukkan untuk mannequin 2022 habis sepenuhnya, dan pelanggan yang berminat akan menerima mannequin 2023. Unit tahun 2022 diserahkan pada Jun, dengan harga jualan RM262,460 — harga ini nampak lebih rendah kerana ketika itu SST dikecualikan.
XC40 EV baru ini pula akan terus menikmati insentif EV oleh kerajaan hingga 31 Disember 2025, memandangkan ia mannequin CKD — insentif sama bagi mannequin CBU akan ditamatkan pada penghujung 2024.
[ad_2]
Source link