Scalar SCR1 didedah – kereta lumba EV berasaskan Toyota GR86, bateri 65 kWh, kuasa 333 PS, 468 Nm

7

[ad_1]

Ini adalah Scalar SCR1, sebuah kereta lumba touring amatur elektrik penuh, yang dibangunkan oleh Scalar Efficiency dan diluluskan oleh Nationwide Auto Sport Affiliation (NASA) untuk perlumbaan Tremendous Touring Sequence. Menggunakan asas daripada Toyota GR86, enjin asalnya telah ditukar kepada penggerak elektrik oleh Hypercraft dan dibawa ke SEMA 2022 untuk tontonan ramai.

Beroperasi menggunakan sistem elektrikal 800 volt, SCR1 menampilkan motor elektrik yang terletak di bahagian belakang, berkuasa 333 PS (328 hp atau 245 kW) dan tork 468 Nm. Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding enjin boxer 2.4 liter asal yang berkausa 231 PS/249 Nm.

Motor elektrik ini kemudiannya disambung kepada limited-slip differential Torsen, serta transmisi pengurang gear bersama gear straight-cut dan nisbah 5.19:1. Menurut Scalar, kereta ini boleh memecut 0-96 km/h (0-60 mph) dalam masa 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 267 km/j.

Memberi kuasa kepada tetapan ini adalah pek bateri buatan khas dengan kapasiti tenaga 65 kWh, yang membolehkan ia berlumba terus selama 45 minit, bersama sistem pengurusan bateri maju yang memastikan prestasi berterusan. Apabila habis kuasa, bateri tersebut boleh dicas semula tidak sampai 20 minit menggunakan pengecas pantas Degree 3 (150 kW).

Kelengkapan lain yang terdapat pada kereta ini adalah termasuk angkup brek enam piston di hadapan dan empat piston di belakang, serta suspensi daripada Ohlins. Tambah Scalar Efficiency, kereta ini mempunyai pembahagian berat hampir sama seperti kereta lumba enjin di tengah, dengan baterinya diletakkan di hadapan, sementara komponen pemanduan lain di belakang pemandu.

Untuk penampilan, SCR1 tidak mempunyai modifikasi yang begitu radikal, dengan yang menonjol cuma sayap belakang yang besar. Secara keseluruhannya, SCR1 mencatat berat 1,379 kg, menjadikan ia 100 kg lebih berbanding GR86 biasa (1,275 kg).



[ad_2]
Source link