Toyota diangkat sebagai jenama automotif paling bernilai tahun 2022, diikuti Mercedes-Benz dan Tesla

2

[ad_1]

Senarai jenama paling bernilai bagi tahun 2022 telah pun didedahkan oleh Interbrand, dan sekali lagi, bagi jenama automotif, Toyota duduk di tempat paling atas dengan nilai jenama US$59.757 bilion (RM283 bilion). Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10% berbanding nilai sebelum ini, dan meletakkan Toyota di tempat keenam secara keseluruhan dalam anugerah High 100 Greatest World Model – naik satu anak tangga berbanding tahun lepas.

Toyota kemudiannya diikuti rapat oleh Mercedes-Benz di tempat kedua, yang mana jenama Jerman itu mencatat peningkatan nilai jenama sebanyak 10% menjadi US$56.103 bilion (RM266 bilion). Senarai jenama automotif paling bernilai ini kemudiannya diisi lagi oleh Tesla di tempat ketiga, yang mencatat peningkatan nilai jenama sebanyak 32%, iaitu jumlah peningkatan paling banyak dan paling pantas begi jenama automotif – US$48.002 bilion (RM227 bilion).

Tahun lepas di tempat ketiga, tahun ini pula BMW turun satu anak tangga ke tempat keempat, meskipun nilai jenama meningkat 11% menjadi US$46.331 bilion (RM219 bilion). Ia kemudiannya diikuti oleh Honda US$22.837 bilion (RM108 bilion), Hyundai US$17.314 bilion (RM82 bilion), Audi US$14.976 bilion (RM71 bilion), Volkswagen US$14.819 bilion (RM70 bilion) dan Ford US$14.431 bilion (RM68 bilion).

Melengkapkan kedudukan 10 tempat teratas adalah Porsche dengan nilai US$13.504 bilion (RM64 bilion). Jika dibandingkan dengan senarai tahun lepas, Tesla adalah satu-satunya jenama yang dapat naik satu kedudukan – berganti dengan BMW, sementara jenama lain masih berada di kedudukan yang sama. Selain daripada itu, Ferrari juga berjaya menunjukkan peningkatan nilai jenama yang banyak, iaitu 31%.

Secara keseluruhannya, senarai jenama paling bernilai 2022 ini ditakluki oleh Apple, dengan jumlah US$482.215 bilion (RM2.2 trilion), diikuti Microsoft US$278.288 bilion (RM1.32 trilion), Amazon US$274.819 bilion (RM1.3 trilion), Google US$251.751 bilion (RM1.1 trilion) dan Samsung US$87.689 bilion (RM416 bilion).



[ad_2]
Source link